Bina Empayar Rakan Niaga


Bina Empayar Rakan Niaga

 


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Rakan Niaga merupakan salah satu strategi dalam mengembangkan perniagaan. Cara ini boleh diaplikasi dalam kebanyakkan bentuk perniagaan.

Ikuti  4 Langkah berikut dalam membina Empayar Rakan Niaga

 

Langkah 1: Lakukan Promosi Jualan
Lakukan Promosi Jualan di pelbagai saluran pemasaran dengan Diskaun 50% contohnya. Jangan lupa simpan maklumat pelanggan seperti nama penuh dan No.tel atau emel dalam fail database .


Langkah 2: Tawarkan Menjadi Dropshiper
Lakukan follow up selepas 7 hari. Dengar maklumbalas mereka dan jika produk/servis memberi kepuasan dan kesan positif, masa ini lah anda perlu cuba menawan hati mereka supaya setuju mendaftar menjadi dropshipper.

Beri Tips Marketing yang simple dahulu supaya mereka enjoy dalam memulakan jualan.
Lagi bagus, berikan Reward jika dapat capai sasaran kecil dalam tempoh sebulan.


Langkah 3: Tawarkan Menjadi Ejen
Dalam tempoh tersebut, jika berhasil melakukan jualan 5 unit ke atas dalam satu bulan maka, berjumpa mereka untuk menerangkan kelebihan menjadi ejen pula.

Sepanjang tempoh Status Ejen, anda perlu serius menjaga hubungan baik dan mesra serta menyediakan latihan tentang ilmu – ilmu pemasaran dan melakukan jualan. Wujudkan Group Ejen melalui Whatapps/Facebook bagi memudahkan penyampaian maklumat.

Langkah 4: Upgrade Kepada Stokis
Kenalpasti Setiap Ejen yang cemerlang dari Segi Bakat, Daya Usaha dan belian stok ulangan. Upgrade mereka ini menjadi Stokis anda. Pastikan mereka yang benar-benar berkualiti sahaja setelah penapisan.
Tawarkan Reward  setelah berjaya menjadi stokes dan terangkan pula pelbagai keistimewaan apabila bergelar stokis.

Anda sudah boleh mula merancang aktiviti peningkatan kerjaya kepada stokis, sebagai contoh kemudahan fasiliti fizikal supaya mereka boleh berkembang bersama ejen-ejen mereka pula.

MOGA BERJAYA !

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

JUGA, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Dari Penjual Buku’ Kepada Jenama Kosmetik Terkenal AVON’.

 

avon


FaizalMuslim, Kuala Lumpur –  AVON, siapa yang tidak kenal dengan jenama produk kecantikan terkenal ini. Saya dulu masa sekolah rendah dan menengah selalu melihat iklan dari Avon ini muncul di kaca
TV, dan sejak dari itu sampai sekarang dalam minda saya hanya terlintas jenama Avon sahaja yang terbaik pada kacamata saya. Lihatlah, betapa hebatnya penangan kempen pemasaran media Avon ketika itu.

Tapi sekarang, boleh dikatakan tiada atau jarang-jarang Avon munculkan diri di media TV. Mungkin sekarang mereka telah menuai hasil daripada kempen pemasaran All- Out satu ketika dulu.Dari itu juga, Avon boleh dikatakan telah mendominasi pasaran untuk abad ke-20 dan mampu bertahan sehingga kini.

Makanya, Avon adalah satu jenama yang amat dekat bagi golongan wanita di seluruh dunia, secocok dengan slogan mereka ‘syarikat untuk wanita’.

Avon Products Inc’ atau Avon adalah pengeluar antarabangsa dalam segmen pasaran kecantikan, penjagaan diri dan kelengkapan rumah yang berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS). Sistem perniagaan yang mereka jalankan sejak dahulu lagi adalah secara jualan langsung.

Mungkin sistem ini terus bertahan dan masih dikekalkan sebagai salah satu filosofi syarikat oleh kerana sejarah bagaimana pemiliknya, David H McConnell memulakan langkah memperkenalkan produknya yang pertama.

Serba sedikit sejarah bagaimana jenama Avon ini bermula.Dikatakan bahawa, David H McConnell selaku pengasas pada mulanya menjalankan perniagaan menjual buku secara langsung di New York.Setelah beberapa lama menjual buku, beliau membuat satu percubaan dengan memberikan sampel wangian’ kepada setiap prospek bukunya yang kebanyakkan dari golongan wanita yang tidak bekerja.

Dengan aktiviti jualan yang hanya tertumpu di sekitar New York, beliau mendapat maklumbalas yang positif dari masyarakat sekitar dan ianya menjadi petunjuk kepada beliau bahawa produk wangian dan kelengkapan peribadi wanita adalah peluang baru baginya.

Akhirnya, pada tahun 1886 beliau mengasaskan jenama Avon yang memulakan operasi di Chambers Street, Manhattan, bandar New York. Beliau memulakan langkah dengan menjadikan pelanggan wanitanya sebagai wakil jualan kerana mereka mempunyai kebolehan semula jadi untuk memasarkan produk dengan lebih mudah dan cepat kepada pelanggan wanita lain.

MOGA TERINSPIRASI !

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

JUGA, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Cipta Pemasaran Organik ‘.. Dengan Facebook Profile.

 

orga

 



FaizalMuslim, Kuala Lumpur – 
Facebook Profile boleh diumpamakan sebagai LiveResume’ bagi setiap ahlinya di layar internet. Penyataan ini selaras dengan Alghorithm baru facebook yang memberi isyarat dengan menitikberatkan tentang security maklumat dalam aktiviti di media sosial.

Bukan itu saja, disiplin dalam cara membina networking juga diberi perhatian oleh pihak facebook dalam menyediakan sebuah platform yang lebih berintergriti dan profesional.

Kita sendiri  yang akan mencorak dan mewarnakan laman timeline kita tersebut. Jadikan Personal Facebook anda landasan untuk membina Kredibiliti seterusnya membina Keyakinan serta Kepercayaan rakan Media Sosial anda.

Seharusnya, kita perlu manfaatkan Personal Facebook untuk tujuan berikut :

.. Membina Reputasi
.. Membina Inpsirasi
.. Membina Follower
.. Membina Jenama
.. Membina Networking

Berikut pula Langkah Mudah’ yang anda perlu lakukan di Personal Facebook,

1.Maklumat Asas.
.. Reka Banner Timeline berdasarkan siapakah anda untuk dikenali.
.. Gambar Profile yang Jelas.
.. Isikan Nama Organisasi/Brand di bahagian INTRO
.. Penuhkan bahagian ABOUT dengan maklumat yang tepat.
.. Letakkan Link ke laman Web Official anda.

2.Kandungan Post.
.. Bina Post berkaitan kepakaran anda.
.. Kongsikan aktiviti seharian anda dengan Photo Menarik.
.. Tuliskan Posting yang Positif sahaja.
.. Upload Gambar anda bersama Pakar/Usahawan Selebriti dalam bidang anda.
.. Kongsikan Sumber Rujukan luar berkaitan kepakaran anda.
.. Buat Post berbentuk Survey@libatkan fans anda supaya memberikan idea dan pendapat.
.. Luangkan masa dengan FB LIVE, eratkan engagement dengan fans.
.. Upload Video untuk sampaikan maklumat dengan lebih berkesan.

3.Amalan Engagement
.. Like, Komen, Share Post Rakan lain.
.. Share Post Rakan dengan taq namanya dan letakkan caption yang sesuai.
.. Utamakan Private Message (PM).
.. Bantu promosikan servise/perniagaan rakan -rakan lain.
.. Berikan penghargaan kepada fans anda.
.. Libatkan diri dengan Group Facebook yang berkualiti.

 

GOOD LUCK!

 

 

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

Sudah Ada Matlamat .. ? Jangan Lupa letakkan Deadline Anda.

 

deadline


 

FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Kerapkali kita terbiasa mendengar Pakar Perniagaan, Pakar Motivasi mahupun yang terlibat secara langsung dalam apa jua jenis bidang perniagaan atau pekerjaan akan menjadikan Matlamat sebagai perkara pertama yang wajib dimasukkan dalam check List’ sebelum memulakan gerak kerja.

Matlamat tanpa Deadline’ umpamanya bilamana anda mahu sesuatu, tetapi anda tidak pasti bilakah anda akan berjaya mendapatkan apa yang anda mahukan. Akhirnya, 99.99% ianya akan menjadi satu matlamat tanpa arah tujuan serta sia-sia. Cara menetapkan deadline bergantung kepada beberapa keadaan. ( dikecilkan skop dalam perniagaan), …

Pertama, status kemampuan personal yang anda miliki.
contohnya : Kemahiran Fizikal,Kemahiran Fikiran,Modal Kewangan,Ilmu.

Kedua, sumber bantuan luar.
Contohnya : Networking.

Ketiga, Risiko bidang Yang diceburi.
Contohnya : Menanam Jagung mungkin akan mengambil masa selama ? untuk menuai hasil dan membuat servis
membina laman web hanya memerlukan satu/dua hari untuk disiapkan.

Tetapkan deadline berdasarkan tiga perkara di atas sama ada 3bulan, 6bulan, 1tahun, 5tahun atau 10tahun
bersama keyakinan bahawa anda mampu mencapai breakeven dealine tersebut.

Ramai dari kita mungkin mempunyai sindrom iaitu TAKUT’ untuk meletakkan deadline. Sindrom ini wujud akibat daripada kurangnya keyakinan atas apa yang kita lakukan. AKhirnya, kita biarkan sahaja gerak kerja berjalan dengan mempunyai peluang deadline yang terbuka luas tanpa sebarang desakan.

Deadline itulah sebenarnya, akan menjadi satu tekanan positif yang terbaik.Jika sebelum ini anda selalu memulakan kerja lewat pagi, sudah tentu anda akan ubah 99.99% sikap anda supaya memulakan gerak kerja seawal 7 pagi setiap hari.

Jangan risau, walaupun deadline pertama anda gagal usah mengalah, baharui deadline kedua anda. Setidaknya anda sedang belajar sesuatu untuk menjadi yang lebih baik dan Yang Terbaik selepas itu.

Good Luck!

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim