Bina Empayar Rakan Niaga


Bina Empayar Rakan Niaga

 


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Rakan Niaga merupakan salah satu strategi dalam mengembangkan perniagaan. Cara ini boleh diaplikasi dalam kebanyakkan bentuk perniagaan.

Ikuti  4 Langkah berikut dalam membina Empayar Rakan Niaga

 

Langkah 1: Lakukan Promosi Jualan
Lakukan Promosi Jualan di pelbagai saluran pemasaran dengan Diskaun 50% contohnya. Jangan lupa simpan maklumat pelanggan seperti nama penuh dan No.tel atau emel dalam fail database .


Langkah 2: Tawarkan Menjadi Dropshiper
Lakukan follow up selepas 7 hari. Dengar maklumbalas mereka dan jika produk/servis memberi kepuasan dan kesan positif, masa ini lah anda perlu cuba menawan hati mereka supaya setuju mendaftar menjadi dropshipper.

Beri Tips Marketing yang simple dahulu supaya mereka enjoy dalam memulakan jualan.
Lagi bagus, berikan Reward jika dapat capai sasaran kecil dalam tempoh sebulan.


Langkah 3: Tawarkan Menjadi Ejen
Dalam tempoh tersebut, jika berhasil melakukan jualan 5 unit ke atas dalam satu bulan maka, berjumpa mereka untuk menerangkan kelebihan menjadi ejen pula.

Sepanjang tempoh Status Ejen, anda perlu serius menjaga hubungan baik dan mesra serta menyediakan latihan tentang ilmu – ilmu pemasaran dan melakukan jualan. Wujudkan Group Ejen melalui Whatapps/Facebook bagi memudahkan penyampaian maklumat.

Langkah 4: Upgrade Kepada Stokis
Kenalpasti Setiap Ejen yang cemerlang dari Segi Bakat, Daya Usaha dan belian stok ulangan. Upgrade mereka ini menjadi Stokis anda. Pastikan mereka yang benar-benar berkualiti sahaja setelah penapisan.
Tawarkan Reward  setelah berjaya menjadi stokes dan terangkan pula pelbagai keistimewaan apabila bergelar stokis.

Anda sudah boleh mula merancang aktiviti peningkatan kerjaya kepada stokis, sebagai contoh kemudahan fasiliti fizikal supaya mereka boleh berkembang bersama ejen-ejen mereka pula.

MOGA BERJAYA !

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

JUGA, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Love You By Reward Me :

Sudah Ada Matlamat .. ? Jangan Lupa letakkan Deadline Anda.

 

deadline


 

FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Kerapkali kita terbiasa mendengar Pakar Perniagaan, Pakar Motivasi mahupun yang terlibat secara langsung dalam apa jua jenis bidang perniagaan atau pekerjaan akan menjadikan Matlamat sebagai perkara pertama yang wajib dimasukkan dalam check List’ sebelum memulakan gerak kerja.

Matlamat tanpa Deadline’ umpamanya bilamana anda mahu sesuatu, tetapi anda tidak pasti bilakah anda akan berjaya mendapatkan apa yang anda mahukan. Akhirnya, 99.99% ianya akan menjadi satu matlamat tanpa arah tujuan serta sia-sia. Cara menetapkan deadline bergantung kepada beberapa keadaan. ( dikecilkan skop dalam perniagaan), …

Pertama, status kemampuan personal yang anda miliki.
contohnya : Kemahiran Fizikal,Kemahiran Fikiran,Modal Kewangan,Ilmu.

Kedua, sumber bantuan luar.
Contohnya : Networking.

Ketiga, Risiko bidang Yang diceburi.
Contohnya : Menanam Jagung mungkin akan mengambil masa selama ? untuk menuai hasil dan membuat servis
membina laman web hanya memerlukan satu/dua hari untuk disiapkan.

Tetapkan deadline berdasarkan tiga perkara di atas sama ada 3bulan, 6bulan, 1tahun, 5tahun atau 10tahun
bersama keyakinan bahawa anda mampu mencapai breakeven dealine tersebut.

Ramai dari kita mungkin mempunyai sindrom iaitu TAKUT’ untuk meletakkan deadline. Sindrom ini wujud akibat daripada kurangnya keyakinan atas apa yang kita lakukan. AKhirnya, kita biarkan sahaja gerak kerja berjalan dengan mempunyai peluang deadline yang terbuka luas tanpa sebarang desakan.

Deadline itulah sebenarnya, akan menjadi satu tekanan positif yang terbaik.Jika sebelum ini anda selalu memulakan kerja lewat pagi, sudah tentu anda akan ubah 99.99% sikap anda supaya memulakan gerak kerja seawal 7 pagi setiap hari.

Jangan risau, walaupun deadline pertama anda gagal usah mengalah, baharui deadline kedua anda. Setidaknya anda sedang belajar sesuatu untuk menjadi yang lebih baik dan Yang Terbaik selepas itu.

Good Luck!

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

Love You By Reward Me :

Sarapan Tradisi Cakoi’.. Kini di McDonalds.

mcd


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Jenama Makanan segera terkenal dunia McDodald,baru-baru ini telah memperkenalkan Menu Sarapan dengan sentuhan tempatan yang menarik bagi rakyat Malaysia iaitu Cakoi’ yang merupakan santapan ringan tradisi di Malaysia. Dengan tagline ‘Cuba-Cuba Cakoi’ sudah cukup untuk menyentuh keinginan para penggemar cakoi untuk mencubanya.

Tidak hanya hadir dengan Menu cakoi yang crispy dan digoreng elok hingga ke dalam,ia digabungkan dengan dua variasi set pilihan iaitu :

~Set Cakoi bersama minuman soya
~Set Cakoi bersama Bubur dan minuman Soya

bubur
top

Ditambah lagi dengan pilihan topping Kaya,Coklat dan strawberry yang pasti memberi penambah rasa yang anda mahukan.

Menu Sarapan Cuba-Cuba Cakoi ini boleh dinikmati di semua rangkaian McDonalds dari jam 4.00 pagi hingga 11.00 pagi pada setiap hari. Ini bukanlah pertama kali pihak Mcdonald memperkenalkan menu sarapan yang mengamalkan srategi Culture Approach’ dalam setiap promosi mereka secara berkala. Sebelum ini mereka telah hadir dengan koleksi Bubur ayam,telur mata dan lainnya.

Sama seperti pesaing makanan segera lain seperti KFC yang membawakan menu nasi’ bersama ayam, A & W dengan sarapan Nasi Lemaknya’ serta Pizza Hut yang menjadikan Sambal’ sebagai topping dalam pizzanya.

 

.    .     .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

Love You By Reward Me :

Bisnes Baru .. Tapi Nampak Macam Dah Lama Wujud !

kids

Bisnes masih baru tapi nak jadikan ia nampak ‘macam’ dah lama, ada pengalaman dan professional ?
Anda tak perlu berfikir perkara rumit lain dahulu yang anda sendiri tidak pasti sama ada memberi impak kepada permulaan perniagaan yang bakal anda jalankan.

So, langkah yang saya berikan adalah merupakan Starting Point yang boleh dikatakan Wajib dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan secara profesional, tidak kira dalam skala besar mahupun kecil.

Okey, pendek cerita anda Perlu lakukan hal berikut  :

1.Daftarkan perniagaan anda terlebih dahulu dengan SSM.
2.Buka Akaun Bank Syarikat.
3.Buat buku Cheque syarikat
4.Buat Cop Rasmi Syarikat.
5.Hasilkan Logo dan Moto atau tagline Syarikat.
6.Hasilkan profil syarikat.
7.Buat kad bisnes
8.Hasilkan satu website syarikat, dengan nama domain sendiri [ Nama syarikat/yang Relevan].
9.Buat alamat email berdasarkan nama syarikat, bukan nya free mail seperti gmail atau yahoo.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan perniagaan yang saya kenali, apabila anda selesai melaksanakan 9 langkah di atas, MOTIVASI anda untuk terus mengembangkan syarikat akan meningkat sehingga 90%. Pada masa itu, anda akan berkata, ‘’Kenapa Aku tak buat semua ni 2 tahun yang lepas’’ !.

Jika anda tidak percaya, cuba lakukan segera.

Jumpa di Puncak Kejayaan ;)

Sekejap !

Apa Kata, sama -sama kita follow di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

Love You By Reward Me :