COO’ adam bain, Tinggalkan Twitter.

 

adam-bain


Pada 9 November lalu, pihak Twitter melalui Co-Founder dan CEO Jack Dorsey mengumumkan di mana Chief Operating Officer (COO) Twitter, Adam Bain, akan mengundurkan diri dari Organisasi Media Social tersebut.
Ekoran pengundurannya dari Twitter, beliau akan digantikan oleh Anthony Noto yang sebelumnya menjawat jawatan sebagai Chief Financial Officer.

Dengan ini, Noto mengambil alih semua tanggungjawab sebagai COO dan jawatan CFO untuk sementara waktu. Tugasnya sebagai COO adalah meliputi penjualan iklan global, data, pembangunan bisnes, kerjasama global dan pendapatan produk.Walau bagaimanapun posisi CFO maish lagi dalam proses pencarian.

Bain sendiri bergabung bersama Twitter sejak enam tahun lalu. Ia termasuk pasukan terawal yang bergabung di Organisasi tersebut dan turut melalui masa jatuh bangunnya. Kepergian Bain teryata menjadi kehilangan besar bagi Twitter. Menurut sumber, beliau adalah antara seorang Leader paling bersinar di Twitter dan paling banyak disukai rakan lainnya.

Mungkin kita biasa mendengar apabila seorang yang dianggap orang terpenting dalam sebuah organisasi memilih untuk berubah angin, pastinya kita berfikir dia akan menyertai mana-mana pesaing dalam industri yang sama. Tapi tidak bagi bain, beliau menegaskan bahawa tidak akan menyertai mana-mana perusahaan pesaing seperti Facebook,Instagram,Snapchat atau lainnya.

Apa yang pasti, beliau akan kembali dengan sesuatu idea yang baru dalam dunia social media. Berikut beberapa caption daripada Twitter beliau sendiri mengenai hasrat beliau selepas ini,

.  .  .

adam

Namun, desas-desus tahun lalu melaporkan bahawa,bain bersaing bersama jack Dorsey untuk menjadi CEO bagi menggantikan Dick Costolo.

.    .    .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

Love You By Reward Me :

Trump Menang’ .. CEO eBay Kirim Memo Kepada Pendokongnya.

devin


Isu Pasca kemenangan Donald Trump sebagai presiden AS masih bergema, kali ini CEO eBay,Devin Wenig, yang langsung mengambil langkah dengan mengirim SuratMemo kepada Seluruh Warga Kerjanya.

Sebenarnya, ketika masih dalam proses pemilihan presiden,pucuk pimpinan Web lelong online terkenal tersebut tidak pernah aktif dalam bersuara secara terbuka.Beliau tak pernah menyatakan pendapat mengenai dua calon
saat itu, iaitu Hillary Clinton dan Donald Trump.

Ketika Donald Trump yang akhirnya menang, Davin bimbang lanskap industri teknologi dan inovasi akan berubah.
Menurut beliau, teknologi dan inovasi menuntut sumbangan insan dari berbagai latar belakang, Sementara Donald Trump serta pendukungnya cenderung berada di kutub berlawanan dengan mendorong sikap anti-imigran.

Dalam pada itu, Davin juga menyampaikan sorotan penting dari sejarah berdirinya eBay.
Dia menyorot dua perkara itu.

Pertama, eBay didirikan oleh seorang imigran berasal dari Perancis, Pierre Omidyar.Kedua, kejayaan eBay sehingga kini yang ditukangi oleh para pakar dari pelbagai latar belakang negara.
“Kepelbagaian seperti ini adalah aset berharga yang kita miliki, seiring berusaha dalam memajukan organisasi,” tulis Davin dalam memo tersebut.

Kita tahu bahawa, isu rasis dan kepelbagaian asal usul ini sempat menjadi sorotan semasa kempen Donald Trump. Trump punyai idea tersendiri untuk mengembalikan integriti sistem imigrasi AS, dengan memberi prioriti kepentingan warga asli Amerika. Bahkan beliau menyatakan imigran hanya membawa kesan negatif di AS, yang merujuk kepada imigran Mexico.

Isu perbezaan bangsa dan imigrasi inilah yang menjadi keutamaan Davin untuk menenangkan Para pendukung Organisasinya melalui suratmemo tersebut. Isi suratmemo Davin lengkap adalah seperti berikut:

.
******

Pasukan Global,

AS’ telah memilih presiden yang berikutnya.Ini adalah sebuah pemilihan bersejarah untuk sebuah negara dan ianya menyentuh emosi.

Beberapa bulan yang lalu, para daftar pemilih di Britain telah membuat keputusan bersejarah dengan nilai yang sama.Keputusan mengenai hubungan mereka dengan kesatuan Eropah (EU). Respon Ramai menunjukkan sentimen pertumbuhan ekonomi tidak tersebar rata. Kami juga melihat ada unsur ketakutan, serta gangguan oleh kesan perubahan trend ekonomi kepada kehidupan seseorang, termasuk dalam hal teknologi dan inovasi.

Sebelum ini, saya selalu mengelak untuk mengeluarkan kenyataan langsung terkait calon pemilihan. EBay pertama kali diasaskan oleh seorang imigran di AS. Pierre membangun tapak awal perniagaan kami sambil menaruh keyakinan bahawa pada dasarnya semua orang memiliki kebaikan, dan warisan budaya perusahaan seperti inilah yang membuat saya bangga.

Sejak awal lagi, eBay telah bekerja mencipta marketplace yang inklusif, memiliki dayasaing perdagangan global, dan disenangi oleh para jiwa perusahaan kecil. Seiring saya mengunjungi pejabat kami yang terletak di berbagai belahan dunia, saya mendapat kesempatan berinteraksi dengan manusia dari pelbagai kewarganegaraan dan latar belakang. Perbezaan seperti ini adalah aset berharga yang kita miliki, seiring berusaha memajukan perniagaan.

Walaupun kami merupakan salah satu pemimpin teknologi, platform, kami berpusat pada manusia, sama ada dari pembeli, penjual, mahupun warga kerja kami sendiri. Kami membuat manusia saling berhubung dalam sebuah marketplace global. Ketika teknologi dianggap sebagai perosak, kami mewakili filosofi yang menilai bahawa teknologi merupakan alat untuk mengangkat darjat manusia dan mencipta sesuatu saluran baru yang belum pernah difikirkan. Kami akan terus mendukung prinsip serta kebijakan yang diperlukan oleh komuniti global eBay.

Ketika ini, banyak perancangan dalam perlaksanaan yang perlu dijalani, dan kita mesti tetap fokus
pada pekerjaan yang sedang berlaku. Organisasi kita berada pada jalur yang tepat. Tetapi, kita tetap memerlukan usaha bersama dalam menyelesaikan segala hal yang dimulai pada 2016 lalu, kemudian menyiapkan akselerasi Organisasi pada 2017.

Meskipun musim politik akan bersilih ganti, kami akan tetap mengingat jati diri, tujuan hidup, dan kepada siapa kita mengabdikandiri.

Devin Wenig’.

.    .    .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Love You By Reward Me :

Trump Menang !.. Silicon Valley Ingin Buat Negara Sendiri.

silicon-valley


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Berikutan keputusan Pemilihan Presiden Amerika Syarikat Baru-baru yang telahpun dimenangi oleh Perwakilan Parti Republik, iaitu Donald Trump bermaksud beliau akan memimpin untuk satu pengal hingga 2020 akan datang.

Keputusan majoriti dari warga AS itu menambahkan lagi api kerisauan sebahagian warga AS lainnya malahan warga luar Amerika juga sebelum kemenangan beliau. Hal ini ternyata melalui respon di media sosial seluruh dunia yang bimbang dengan cara dan Idea yang ingin beliau bawakan jika berjaya memerintah.

Salah satu pihak di dalam pemain industri teknologi yang kurang senang adalah Pelabur terbesar dan ternama di dalam industri tersebut, iaitu Shervin Pishevar’.

Dalam kenyataannya, beliau dengan berani mengatakan akan membiayai kempennya bagi membentuk California’ daripada sebuah negeri sebagai negara sendiri di luar AS.Sangat tajam pesanan beliau kepada Donald Trump yang betul-betul tidak rela California dipimpin d bawah tangan Trump.

California boleh diibaratkan sebagai rumah pusat Industri Teknologi bagi Silicon Valley. Negeri tersebut, dilihat berpotensi dan diyakini bakal menjadi kawasan ekonomi ke-6 terbesar di dunia seiring kepesatan kemajuan bidang teknologinya.

Kenyataannya Shervin itu, seperti ditimbulkan oleh BusinessInsider yang diungkap melalui akaun Twitternya,

valley

Shervin’ dikenali sebagai investor terawal dalam perlaksanaan sistem pengangkutan Uber. Beliau sering dilihat mengambil peranan sebagai Kepala’ investor untuk sebahagian startup teknologi yang baru lahir.

Selain Shervin’,sejumlah Pemain muzik juga menyatakan reaksi tegas mereka kepada Trump menyusul terpilihnya Trump sebagai Presiden AS ke-45.Di antaranya adalah Miley Cyrus, Samuel L Jackson, dan komedian Jon Stewart.

Mereka berseloroh yakni bakal berpindah dari AS jika negara itu dipimpin oleh Trump. Trump bakal dilantik secara rasminya untuk menggantikan Barrack Obama pada 20 Januari 2017.

.    .    .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

Love You By Reward Me :