Dari Penjual Buku’ Kepada Jenama Kosmetik Terkenal AVON’.

 

avon


FaizalMuslim, Kuala Lumpur –  AVON, siapa yang tidak kenal dengan jenama produk kecantikan terkenal ini. Saya dulu masa sekolah rendah dan menengah selalu melihat iklan dari Avon ini muncul di kaca
TV, dan sejak dari itu sampai sekarang dalam minda saya hanya terlintas jenama Avon sahaja yang terbaik pada kacamata saya. Lihatlah, betapa hebatnya penangan kempen pemasaran media Avon ketika itu.

Tapi sekarang, boleh dikatakan tiada atau jarang-jarang Avon munculkan diri di media TV. Mungkin sekarang mereka telah menuai hasil daripada kempen pemasaran All- Out satu ketika dulu.Dari itu juga, Avon boleh dikatakan telah mendominasi pasaran untuk abad ke-20 dan mampu bertahan sehingga kini.

Makanya, Avon adalah satu jenama yang amat dekat bagi golongan wanita di seluruh dunia, secocok dengan slogan mereka ‘syarikat untuk wanita’.

Avon Products Inc’ atau Avon adalah pengeluar antarabangsa dalam segmen pasaran kecantikan, penjagaan diri dan kelengkapan rumah yang berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS). Sistem perniagaan yang mereka jalankan sejak dahulu lagi adalah secara jualan langsung.

Mungkin sistem ini terus bertahan dan masih dikekalkan sebagai salah satu filosofi syarikat oleh kerana sejarah bagaimana pemiliknya, David H McConnell memulakan langkah memperkenalkan produknya yang pertama.

Serba sedikit sejarah bagaimana jenama Avon ini bermula.Dikatakan bahawa, David H McConnell selaku pengasas pada mulanya menjalankan perniagaan menjual buku secara langsung di New York.Setelah beberapa lama menjual buku, beliau membuat satu percubaan dengan memberikan sampel wangian’ kepada setiap prospek bukunya yang kebanyakkan dari golongan wanita yang tidak bekerja.

Dengan aktiviti jualan yang hanya tertumpu di sekitar New York, beliau mendapat maklumbalas yang positif dari masyarakat sekitar dan ianya menjadi petunjuk kepada beliau bahawa produk wangian dan kelengkapan peribadi wanita adalah peluang baru baginya.

Akhirnya, pada tahun 1886 beliau mengasaskan jenama Avon yang memulakan operasi di Chambers Street, Manhattan, bandar New York. Beliau memulakan langkah dengan menjadikan pelanggan wanitanya sebagai wakil jualan kerana mereka mempunyai kebolehan semula jadi untuk memasarkan produk dengan lebih mudah dan cepat kepada pelanggan wanita lain.

MOGA TERINSPIRASI !

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

JUGA, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Love You By Reward Me :