Lenovo S860 : SmartPhone Pintar khas untuk Online Bisnes

lenovos860

Assalamu’alaikum semua,

dan selamat Sejahtera.

Jenama Smartphone Lenovo mungkin tidak segah kemasyuran jika dibandingkan dengan pesaing lain seperti Iphone dan Samsung. Namun, mereka tetap boleh bersaing dengan menghasilkan model smartphone yang memiliki spesifikasi dalaman yang cukup Ampuh dan bernilai.

Kali ni, admin nak share satu model Smartphone Lenovo iaitu S860. Model ini dicipta bertepatan dengan keperluan semasa oleh para pengguna yang inginkan kepuasan hiburan tanpa henti dengan kelajuan yang lancar.

Boleh dikatakan, ia sangatlah sesuai digunakan oleh penggemar pemain game online malah Para peniaga atas talian yang mementingkan Kecepatan dan Fleksibel yang memudahkan mereka.

Jom kita lihat, Spesifikasi Model Lenovo s860 ini  ..

leno1leno2

Daripada pengalaman sahabat di dalam Internet Marketer, selain tahap kelicinan kerjanya yang lancar, keupayaan bateri model ini juga telah menarik minat beliau tanpa perlu bimbang bateri cepat habis dan sebagainya. Sebagai Internet Marketer yang mementingkan kelajuan, Fleksibiliti, kekuatan dalaman dan memudahkan, Lenovo s860 menjadi pilihan beliau.

Memilliki kelebihan 48jam mode stanby dan boleh ja online 24jam dengan speed yang laju. Nak uruskan Bisnes di facebook dan Media Sosial lain juga puas hati. Membolehkan Urusan di Facebook  Manager Dengan Pantas, Paparan FB Ads Juga Laju dan nak Buka dan hantar Email pun smooth !

Adakah Anda,
Seorang Ahli Perniagaan ??
Seorang Internet Marketer ??
Seorang Peniaga Online ??

Lenovo s860, patut dipertimbangkan .. ;)

Orait,

Apa Kata, sama -sama kita follow di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Love You By Reward Me :

Dato Vida Beauty dan AJL27

vida
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera semua …

Admin tertarik untuk mengulas mengenai kehebohan, kepanasan dan kontroversi  tentang usahawan Dato Vida, Pengasas Vida Beauty yang terlibat secara tidak langsung melalui kempen iklannya dalam Anugerah Juara Lagu AJL 27  baru-baru ni.

Sebelum tu, tahniah kepada Juara pada malam AJL 27 iaitu ‘’Apa Khabar ’’ oleh pasangan duet hip hop popular Sonaone dan Joe Fliezzow, Sheila Amzah tempat kedua dan Dayang Nurfaizah ketiga. Tak lupa juga admin kagum dengan Vokalis Caliph Buster yang mewakili Mojo malam tu memanglah terbaik dan ramai yang terkejut dengan kebolehannya.Itulah rezeki mereka yang berjaya merangkul persembahan terbaik.

Okey, berbalik kepada cerita kita, hehe ..
Sudah 4 hari AJL berlalu, masih lagi kedengaran Berita dan Gosip mengenai beliau. Pendapat yang diluahkan oleh segenap lapisan penonton malam tersebut pastinya punya coretan dan ragam tersendiri.

Sama ada dalam Media Sosial, Media Cetak dan Media Elektronik boleh dikatakan Dato Vida Beauty menjadi Trendy News yang Viral. Ada pendapat yang Matang, Kurang Matang dan Beremosi serta tak kurang juga bersifat funny.

Ada juga yang meluahkan iklan Qu Puteh malam tersebut (AJL) sangat menjengkelkan. nampak ‘poyo’, dan Horror !’ .

Apapun yang diperkatakan ramai, itu adalah dari sudut mereka sebagai orang biasa yang melihat dan mendengar. Akan tetapi, bagi Dato Vida beauty, apa yang beliau lakukan adalah sesuatu yang bijak sebagai seorang usahawan.

Sudah semestinya beliau mempunyai plan dan strategi yang bukan calang-calang sebelum beliau mengeluarkan belanja yang amat besar untuk kos iklan di kaca TV.

Kenapa Saya Kata beliau Bijak ??
Nantikan kupasan di entri berikutnya dalam Membina Jenama Perniagaan pada kaca mata saya pula.

Bersambung ….

Orait,

Apa Kata, sama -sama kita follow di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

Love You By Reward Me :

Matlamat Bisnes VS Matlamat Hidup

set

Matlamat adalah asas penting untuk setiap langkah dalam gerak kerja kita. Tanpa matlamat,semua gerak kerja kita akan bercelaru. Malah, matlamat adalah perkara pertama yang perlu anda soal dalam diri sebelum melakukan apa jua perkara.

Dalam hidup perlu matlamat dan untuk berbisnes pun perlu ada matlamat.

Terdapat 7 kategori matlamat yang boleh dikelaskan adalah seperti berikut :

1. Matlamat Peribadi
Contoh seperti : mahu hafal Al-Quran. Mahu belajar berenang. Mahu peluk harimau. Mahu jumpa PM. Mahu kekal ahli kelab 4 pagi. Mahu lawat 7 tempat ajaib di dunia. Mahu mati dengan amal jariah 100K setahun

2. Matlamat Kekeluargaan
Contoh seperti : mahu renovate rumah mak. Mahu anak kembar. Mahu selesaikan hutang ayah. Mahu bangunkan bisnes untuk semua adik beradik.Sponsor ibubapa pergi haji.

3. Matlamat Perniagaan dan Kerjaya
Contoh seperti : mahu naik pangkat. Mahu naik gaji.Mahu Renovate syarikat. Mahu jualan meningkat 20% untuk tahun 2014, meluaskan cawangan perniagaan.
4. Matlamat Kewangan
Contoh seperti  : menyelesaikan loan. Tiada RIBA. Pertambahan pendapatan aktif kepada RM100K dan pasif RM20K. Zakat RM60K setahun.

5. Matlamat Kesihatan
Contoh : Mahu kurangkan berat badan 20 kg. Mahu senaman setiap minggu. Mahu ubah tabiat makan.

6. Matlamat Sosial
Contoh seperti  : sumbangan kepada fakir RM1K sebulan. Menubuhkan pasukan kebajikan. Membina sekolah tahfiz. Menyediakan platform barangan halal. Memberikan ilmu percuma kepada 5000 orang.

7. Matlamat Pendidikan
Contoh seperti : belajar Tajwid Al-Quran, menambah ilmu jualan dan Pemasaran, membuat master dan PHD serta lain-lain.

Sekarang anda telah pun tahu apakah Jenis matlamat yang perlu anda ada, langkah seterusnya adalah untuk mengingatkan kita pada matlamat tersebut.

Seperti pesan pakar Motivasi Malaysia Dato Haji Mohd Fadzilah Kamsah,cetak matlamat ini dan tampal pada tempat yang selalu kita lihat.

Ingat !
Cita – Cita Anda akan tercapai berdasarkan Apa yang Anda Rasa – apa yang anda Selalu Inginkan dan Apa yang anda selalu Fikirkan.
Dalam Post akan datang, admin akan kongsi dengan Lebih Detail bagaimana menetapkan Matlamat Yang betul dan Relevan hingga tercapai apa yang dicitakan.

Moga Bermanfaat ;)

Sekejap !

Apa Kata, sama -sama kita follow di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

Love You By Reward Me :

Bisnes Baru .. Tapi Nampak Macam Dah Lama Wujud !

kids

Bisnes masih baru tapi nak jadikan ia nampak ‘macam’ dah lama, ada pengalaman dan professional ?
Anda tak perlu berfikir perkara rumit lain dahulu yang anda sendiri tidak pasti sama ada memberi impak kepada permulaan perniagaan yang bakal anda jalankan.

So, langkah yang saya berikan adalah merupakan Starting Point yang boleh dikatakan Wajib dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan secara profesional, tidak kira dalam skala besar mahupun kecil.

Okey, pendek cerita anda Perlu lakukan hal berikut  :

1.Daftarkan perniagaan anda terlebih dahulu dengan SSM.
2.Buka Akaun Bank Syarikat.
3.Buat buku Cheque syarikat
4.Buat Cop Rasmi Syarikat.
5.Hasilkan Logo dan Moto atau tagline Syarikat.
6.Hasilkan profil syarikat.
7.Buat kad bisnes
8.Hasilkan satu website syarikat, dengan nama domain sendiri [ Nama syarikat/yang Relevan].
9.Buat alamat email berdasarkan nama syarikat, bukan nya free mail seperti gmail atau yahoo.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan perniagaan yang saya kenali, apabila anda selesai melaksanakan 9 langkah di atas, MOTIVASI anda untuk terus mengembangkan syarikat akan meningkat sehingga 90%. Pada masa itu, anda akan berkata, ‘’Kenapa Aku tak buat semua ni 2 tahun yang lepas’’ !.

Jika anda tidak percaya, cuba lakukan segera.

Jumpa di Puncak Kejayaan ;)

Sekejap !

Apa Kata, sama -sama kita follow di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

Love You By Reward Me :