Tips Jimat Bateri Smartphone

Batt2
Bateri lemah, bar bateri cepat habis adalah simptom masalah yang sering berlaku selepas 15 bulan penggunaan ( bergantung kepada Jenis dan Jenama Smartphone). Simptom tersebut adalah normal kerana rata-rata pengguna mengecas handphone hampir setiap hari yang akan menyebabkan Charging Capability semakin lemah.

Ia berkait rapat dengan cara penggunaan smartphone itu sendiri. Anda pasti berasa sedikit frust’ dan menggelabah apabila tiba-tiba muncul amaran ”low battery” di screen kan..masa tu dengan pantas merabalah tangan anda mencari powerbank dan yang sewaktu dengannya, he he he ….

Berikut admin kongsikan Tips Simple” yang boleh dilakukan untuk jimatkan penggunaan bateri smartphone anda,.

1. Kurangkan Brightness Screen
Lakukan adjustment peratus kecerahan screen smartphone anda supaya sedap-sedap mata memandang, tidak terlalu cerah dan terlalu malap. Bila adjust tu janganlah sampai gelap ya… rabun pulak mata nanti.

2. Elakkan Vibration
Vibrate sebenarnya memerlukan lebih banyak kuasa untuk fungsi getaran berbanding menghasilkan bunyi. Fungsi ini mungkin boleh digunakan sesekali ketika keadaan perlu, sebagai contoh ketika anda menunggang motosikal dan berada di kawasan yang bising. Offkan sahaja vibration jika anda tak perlukannya.

3. Gunakan Background Screen Yang Kurang Berseni
Kurang berseni bermaksud jangan letakkan image background macam hello kitty” bagi perempuan dan sportcar” bagi orang laki-laki. Gunakan saja image seperti kebiruan langit dan sebagainya. Just be simple… ceeeewah.

4. Matikan Vibrate dan Bunyi keypad
Tidak dinafikan ada yang suka dan enjoy bila menaip keypadnya sambil berbunyi. Biasanya golongan wanita lah. Sesuatu yang kecil tetapi tetap mempengaruhi penggunaan tenaga bateri anda.

5. Elakkan Notification
Penggunaan notification juga dikatakan boleh memberi kesan kepada bateri anda. Adakalanya notification ini penting juga supaya kita sentiasa alert dengan setiap info penting yang masuk ke smartphone. Apapun, bergantung kepada anda sebagai pengguna.

6. Kawal Wi-Fi Detection 
Apabila sokongan Wi-Fi diaktifkan, ia akan sentiasa bekerja untuk mencari sumber isyarat Wi-Fi yang lain. Keadaan ini memberi tekanan yang sangat tinggi kepada bateri kerana proses scanning yang menggunakan banyak tenaga tanpa kita sedar. Bateri Smartphone anda juga akan menjadi semakin panas apabila mode Wi-Fi sentiasa On  lebih lagi bila diletakkan dalam poket anda.

7. Jauhkan Dari Suhu Yang tinggi
Bateri Smartphone sangat sensitif dengan suhu yang tinggi. Jika bateri selalu terdedah dengan suhu tinggi atau panas, ia boleh menyebabkan bateri hilang kapasiti kuasanya.


Moga Bermanfaat !

 

Orait,

Apa Kata, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Love You By Reward Me :

Selamat Tinggal ”Batang Selfie

Podo
Podo

Assalamu’alaikum, selamat kembali ….

Berita baik kepada penggemar pemegang ”batang selfie sama ada yang sebelum ini atau pada ketika ini. Ki ki ki .. sekarang ni anda tak perlu lah bersusah payah bawa batang selfie yang berat lah jugak tu kan, dan paling penting lepas ni anda takkan terlihat seperti membawa alat pertahanan diri macam ”Stik Ninja tuh.. yela sebab ada tali pulak tersangkut di hujungnya. Tapi bila fikir balik penting jugak kan Batang selfie tu kan dari segi pertahanan diri..hehehe.

Okey lah, kita sambung pada topik kita ….

Tengah belek-belek laman web orang putih terserempak pulak dengan artikel tentang Podo ni. Sebut betul-betul ya..! jangan sebut Bodo udah la..jadinya, admin tertarik untuk kongsikan dalam artikel kali ni sebab admin tahu ramai di luar sana yang sukakan selfie…admin suka juga, tapi kadang-kadang timbul rasa segan pulak bila nak selfie sorang-sorang. Melalut pulak kan …

Okey, Secara Ringkas, Podo Diilhamkan oleh 3 sekawan iaitu Eddie, Jae, dan Sam yang sama-sama belajar di University of California,Berkeley. Podo tercipta hasil kerjasama mereka dengan sebuah syarikat iaitu pchintl.com yang merupakan pembuat atau pengilang dalam produk teknologi dalam pasaran.

Podo boleh dikategorikan sebagai ”Kamera Selfie yang mudah di bawa bersaiz 2 x 2 x 1 inci dan seberat 1.8 oz sahaja.
Dikuasakan dengan battery 600 Mah dan Internal Storage sebanyak 4gb.

Keupayaan kamera 8 Megapixel dengan double exposure, Podo boleh dilekatkan pada mana-mana permukaan. Panel pelekat Podo diperbuat daripada bahan polimer melekit yang akan melekat dengan kuat. Podo difungsikan dengan aplikasi khas untuk (iOS dan Android) yang diberikan Percuma . Melalui aplikasi tersebut, anda boleh mengawal posisi gambar atau video, penggunaan flash, dan penentu masa untuk mengambil dan merakam gambar. Gambar serta video boleh dihantar terus kepada telefon pintar anda hanya menggunakan Bluetooth ataupun boleh juga disimpan menggunakan 4gb memori dalaman.

Podo2

Kamera Podo dihiasai dengan pancaran lampu LED setiap kali dalam keadaan gambar atau video diambil. Gadget Podo ini akan mula dipasarkan ke beberapa negara Eropah, Amerika Selatan dan Asia Tenggara termasuk Malaysia dengan harga $79 seunit.

Kepada Penggemar selfie, Podo adalah alternatifnya…

JOM,

Apa Kata, sama -sama kita follow di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

Love You By Reward Me :

Xiaomi Yi VS GoPro

xiaomiyi1
XIAOMI YI

Selamat kembali ,

Kat sini, siapa yang suka rakam-merakam tidak kira untuk sebarang event mahupun aktiviti rekreasi dan sukan !!.
Kalau sebut GoPro ! pasti anda sudah biasa dengar kan.. ?

Haha, kali ni admin nak cerita sikit lah secara ringkas tentang produk pesaing kepada GoPro ni, yang semakin mengancam dan rancak mendaki dalam menghasilkan gadget Media dan Komunikasi.

Apa lagi kalau bukan Xiaomi Yi” .

Dalam entri sebelum ini, admin ada highlight konsep syarikat Xiaomi dalam penghasilan produk-produk terbaru mereka. Melalui segmen kamera aksi” Xiaomi Yi, mereka telah mengambil peluang dengan menapak jejak dalam segmen tersebut. Memandangkan harga pasaran GoPro” yang mungkin tidak fleksibel kepada setiap lapisan pengguna, Xiaomi menawarkan harga yang berpatutan dan kompetitif dalam pasaran.

Kamera Xiaomi Yi” ini bakal dijual bermula pada harga 399CNY  [RM200.++] WOW!! , sangat berpatutan jika dibandingkan dengan model paling murah GoPro berharga lebih kurang RM1000.00. Pasti anda macam tak sabar nak memilikinya kan. ? hihi :)

Sedikit Review Xiaomi Yi,.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Dilengkapi dengan HD Optical Glass Lens dengan kuasa 16 million megapixel angel lens dan mempunyai 155 darjah wide angle shooting.Kamera ini menawarkan ruang storan sebanyak 64GB. Mempunyai berat 72g berbanding GoPro yang mempunyai berat 111g. Dikuasakan dengan sensor 16 megapixel Sony Exmor R BSI CMOS serta memiliki keupayaan kalis air sehingga kedalaman 40m.

Memiliki ciri fokus terhadap objek dan kurang noise, kamera ini akan memberikan kualiti gambar yang diinginkan walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan atau waktu malam.

Namun begitu anda perlu bersabar, kerana …

Buat masa ini, ia hanya dipasarkan di China.
Anda perlu tunggu saatnya nanti bila dipasarkan ke seluruh dunia ya.  ;)

Orait,

Apa Kata, sama -sama kita follow di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Love You By Reward Me :