Android Lollipop VS iOS 8

 

Android VS Apple
Android VS Apple

 



FaizalMuslim, Kuala Lumpur –
 Pihak Google dan Apple dilihat terus bersaing sengit dalam membangunkan Sistem Operasi Smartphone melalui Android dan iOS mereka. Baru-baru ini, keduanya telahpun melancarkan versi Sistem Operasi tersebut.

Dengan pihak Google melancarkanAndroid 5.0 Lollipop dan Apple melancarkan iOS 8, bertepatan dengan kemunculan iPhone 6 dalam pasaran. Pihak Cirttericsm yang melakukan ujikaji bagi menguji Prestasi dan tahap Fleksibiliti Sistem Operasi terbaru terhadap Smartphone, berjaya mendapatkan hasil dari ujian yang dijalankan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut,  Android Lollipop diklaim lebih memiliki tahap kestabilan sebanyak  0,2% dengan persentase crash rate 2,0%. Manakala, sistem operasi iOS 8 pula dikatakan lebih sering mengalami crash, dengan memiliki crash rate sebanyak 2,2%. Malahan, sistem operasi ios 8 dikatakan lebih lemah fleksibilitinya jika dibandingkan dengan ios 7 sebelumnya.

Bagi Android Lollipop pula,  sistem ini telah berjaya mendaki dengan sistem operasi yang lebih baik di antara platform Android yang lain, dimana Android KitKat 2,6 % crash rate dan Ice Cream Sandwich 2,6% crash rate.

Saat ini, Google berjaya menguasai keunggulan berbanding Apple dari segi sistem operasinya. Bagaimanapun, ketertarikan ramai pengguna dengan populariti Apple dalam pasaran telah menjamin pengukuhan jenama tersebut dalam persaingan.

Orait,

Apa Kata, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

Love You By Reward Me :