Berapa % SEO WEB/BLOG Anda ?

 

 


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Teknik SEO dalam mengoptimasikan Website atau Blog pastinya telah menjadi Topik Penting yang perlu didalami oleh Si empunya Blog dan Website. Tidak kira sama ada anda blogger profesional atau yang masih baru ingin menapak, telah mencuba berbagai teknik dan macam cara agar Blog/Website memiliki posisi yang baik di Enjin Carian. Bukan lagi rahsia, faktor SEO telah mempengaruhi jumlah traffic pada halaman tersebut.

Cumanya, sudahkah Blog/website anda teroptimasi dengan baik ?. Tentu menjadi kemestian untuk kita mengetahui seberapa baik kandungan yang telah dilakukan. Peratus Skor SEO menjadi petunjuk dalam menentukan nilai yang tepat untuk sebuah Blog/Website.

Peratus tersebut diberikan dengan mengambil kira berbagai faktor terhadap optimasi yang telah dilakukan. Dengan mengetahui Peratus skor yang telah diterima, kita boleh memperbaiki kelemahan dan menjadikan Prestasi Blog/website lebih baik  di Enjin Carian.

Dengan  mudah, laman sesawang yang anda boleh gunakan untuk dapatkan peratus prestasi Blog/Website anda adalah di  https://chkme.com/page-seo-tools. Hanya masukkan url tanpa http:// blog/website pada ruangan yang tersedia dan kemudian check sahaja.

SEO2

Menariknya, anda boleh mengetahui apa yang menyebabkan skor SEO Anda rendah dan harus diperbaiki. Peratus Skor SEO yang terbaik  biasanya diambil daripada Skor 80% dan lebih. Jika Blog/Website yang mendapat skor di bawah 50%, bermaksud anda perlu menambah ilmu dan bekerja keras dalam memaksimakan prestasi Blog/Website anda.

.    .     .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Love You By Reward Me :