MISTERI Deep Web”


FaizalMuslim, Kuala Lumpur Sedia maklum, Internet adalah Satu Gabungan Rangkaian Komunikasi yang berhubung antara satu dengan yang lain dan menjadi Platform Mutlak di alam maya bagi Penduduk Dunia mencari segala-galanya.

Tapi hakikatnya, kita hanya boleh berhubung dan mengakses maklumat seperti yang dibenarkan oleh Kerajaan Negara masing-masing. Bermaksud, ada suatu tempat Misteri di layar Internet yang tidak mudah bagi kita untuk masuk menjelajah. Hanya yang Arif protokolnya sahaja boleh memecah masuk ke sana.

Uish’  bunyi macam suspen jer kan..

Ya, itulah Deep Web“.
Satu Perkataan yang sesuai adalah “Kebebasan.

Teorinya, Deep Web sama juga seperti laman web yang biasa kita lawati dan perkara Penting yang membezakan adalah Dari Segi Content. Nama lain bagi Deep web adalah HiddenWeb,InvisibleWeb dan DarkNet.

Pelbagai Istilah yang bunyinya agak misteri’ telah menggambarkan apakah Status web ini sebenarnya.
Baiklah, terus kepada Point yang nak saya sampaikan. Julian Paul Assange’,  pernah dengar kan nama ni.
Beliau menjadi Viral di Media Seluruh Dunia akibat pendedahan maklumat Sulit Kerajaan Amerika Syarikat Dalam Setiap aktiviti sulit mereka, terutama dalam isu peperangan.

Maklumat yang didedahkan oleh beliau di Wikileaks sebenarnya telah lama Berlegar Secara Bebas di Deep Web. Anda dah nampak kan ?

Di Deep Web, jika anda berjaya memecah masuk ke sana dan berpeluang meneroka pelbagai maklumat yang sangat Bernilai (jika bijak gunakannya), saya rasa anda akan bertukar menjadi seorang yang lebih Cerdik” daripada Orang Yang lebih pandai”. Anda juga akan menjadi terkenal di seluruh dunia dan hidup anda akan berubah dengan sekelip mata secara tiba-tiba.

Jika anda Seorang ahli Sains dan mahu mencari maklumat tentang suatu Projek Rahsia anda, dengan mudah anda boleh dapat di Deep Web. Segala Manual dan Tutorial yang dicari selama ini boleh didapati secara percuma ataupun berbayar.

Namun, Deep Web juga ada sisi Gelapnya. Manakan tidak di sinilah tempat yang paling Bebas’ untuk menjalankan aktiviti merentas Undang-Undang dan Nilai Manusia. Pelbagai servis  seperti Pembunuh upahan, Pembekal Dadah, Penjualan Organ, Pemalsuan  Data Peribadi, Rahsia Sesebuah Negara dan banyak lagi kategori perkhidmatan di luar jangkaan kita.

Saya dapat rasakan yang anda pasti Sangat berkobar-kobar untuk mengakses Deep Web ketika ini, Tapi bertenang..
Risiko yang bakal anda Hadapi sangatlah tinggi, terutama soal keselamatan anda. Badan Perisik Seluruh dunia sentiasa memantau Data Pengakses dan setiap aktiviti anda di Deep Web.

Berani anda Masuk di Deep Web, Bermaksud anda Perlu lebih Berani Menghadap Risikonya.

 

 

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

 

 

 

 

Love You By Reward Me :