Xiaomi ,Seo, social media, instafamous, website, laman web, plugin, laman web, membina laman web, travel, malaysia, keyword, web content,

Revolusi Smartphone ‘ Xiaomi


Faizal Muslim,Kuala Lumpur – Mungkin ramai yang belum pernah mendengar nama syarikat ”Xiaomi di malaysia. So, oleh sebab itu saya nak cerita serba sedikit lah tentang Xiaomi ni.

Secara ringkasnya, Xiaomi adalah syarikat telekomunikasi berasal dari China yang mengeluarkan teknologi smarthphone mereka sendiri. Xiaomi digilai ramai setelah Hugo Barra bekas orang kuat Google menyertai Xiaomi pada 2013. Yang Menarik tentang smarthphone xiaomi adalah dengan menyediakan Smarthphone dengan Spesifikasi dan Kualiti yang tinggi dengan harga yang rendah. Itulah yang menyebabkan xiaomi semakin digilai oleh peminat gadget masa kini.

Model Mi3 adalah antara model yang paling digilai oleh pengguna smartphone dan model sebelumnya iaitu Mi2 telah pun terjual sebanyak 10 juta unit dalam masa 11 bulan tempoh jualannya.Percaya atau tidak, kualiti pembinaan model smartphone xiaomi adalah sangat baik dan setanding dengan jenama lain di pasaran.

Difahamkan, smartphone keluaran xiaomi dikilangkan di sebuah pusat pembuatan alat telekomunikasi yang terkenal iaitu Foxconn dan Inventec. Malahan, jenama seperti Iphone, Ipad, Blackberry juga dikilangkan di Foxconn.

Persoalannya …

Bagaimana harga smartphone Xiaomi murah ?

Berikut adalah strategi yang nampak mustahil, tetapi mereka berjaya!

1. Xioami memecah tradisi model penjualan dengan menjual secara e-commerce atau online. Produk baru tidak perlu inventori untuk disimpan. Pengguna perlu membayar kos penghantaran kerana penjualan on-line, mereka sudah jimat disitu.

2. Xioami juga memecah tradisi marketing. Mereka tidak perlu bayaran untuk promosi pengiklanan seperti syarikat lain. Mereka juga menggunakan strategi online dan perkongsian mulut ke mulut oleh pengguna smartphone mereka. Mereka berjaya rendahkan kos pengiklanan

Kesimpulannya,

Kos rendah + harga rendah + kualiti bagus
==> demand tinggi

Jika ingin meneliti dan membelek produk Xioami, anda boleh layari laman sesawang rasmi di sini : http://www.mi.com/my/

Moga bermanfaat. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *