plugin, laman web, wordpress, social media, chat, messengger, live chat,

10 PLUGIN WORDPRESS YANG RELEVAN DI TAHUN 2019

yoast, plugin, laman web, wordpress, social media, chat, messengger, live chat,

Yoast SEO

Yoast SEO, adalah antara plugin Search Engine Optimization yang Popular dikalangan pengguna wordpress.
Anda boleh memiliki, menganalisis, dan seterusnya melakukan tindakan untuk meningkatkan prestasi laman web di Enjin Carian. Yoast SEO mampu memenuhi apa yang pemilik laman web inginkan dari segi SEO. Penerangan Lanjut Di Sini Yoast


elementor,

Elementor Page Builder

Plugin ini berfungsi bagi mereka letak kandungan page atau post di dalam laman web.Laman web anda akan tampak lebih profesional,tersusun, cantik dimata pelawat.Plugin ini akan membuatkan sesiapa sahaja boleh membina laman web yang terbaik walaupun tanpa kemahiran mendalam dalam website.Dengan fungsi Drag & Drop yang sangat mudah digunakan. Penerangan Lanjut Di Sini Elementor Page Builder

live chat facebook messengger

Live Chat with Facebook Messenger

Sejak 2017, fungsi Live Chat ini dilihat antara fungsi terpenting yang perlu dimiliki oleh setiap pemilik laman web, khususnya dalam perniagaan.Plugin ini mampu menjadikan laman web lebih aktif dan meningkatkan kredibiliti sesebuah laman web.
Anda boleh cuba dahulu dengan Versi percuma, rasai pengalaman dan upgrade kepada plan berbayar jika perlu.Penerangan Lanjut Di Sini Live Chat with Facebook Messenger

Tidio Live Chat

Tidio Live Chat adalah plugin yang direka secara khusus dan spesifik bagi komuniti pengguna wordpress.
Ia membolehkan anda untuk meningkatkan engagement atau hubungan lebih rapat dengan client melalui pelbagai fungsi di dalamnya. Gunakan plugin ini sebaiknya untuk meningkatkan ROI perniagaan anda.Penerangan Lanjut Di Sini Tidio Live Chat

Live Chat, facebook messengger, fb live, social media, blog, website, plugin

Smush Image Compression and Optimization

Plugin ini berfungsi untuk Resize, optimize dan compress gambar yang ingin diupload ke dalam Laman Web.
Ini adalah salah satu plugin editing gambar yang berstatus Advance dan ianya Percuma.
Anda Patut Cuba!. Penerangan Lanjut Di Sini Smush Image Compression and Optimization

All-in-One WP Migration

Plugin ini berfungsi untuk memudahkan anda mengeksport Laman Web wordpress termasuk Database, File Media, plugins dan themes dengan cara semudah drag and drop sahaja.
Penerangan Lanjut Di Sini All-in-One WP Migration

Live Chat, facebook messengger, fb live, social media, blog, website, plugin

Really Simple SSL

Plugin Really Simple SSL adalah booster SSL yang akan mengesan laman web anda di Enjin carian
yang akan dikenalpasti dengan Configure HTTPS yang lebih mesra serta kredibiliti
yang baik untuk rekod Enjin Carian dan keyakinan Pelawat yang hadir. Terlebih dahulu anda perlu menambah Ciri SSL dengan penyedia Hosting laman web anda dahulu.
Penerangan Lanjut Di Sini Really Simple SSL

WPS Hide Login

Plugin ini berfungsi untuk menukar url login admin laman web wordpress anda.
ianya semudah dengan hanya mengisi nama atau abjad yang diinginkan di ruangan yang disediakan di bahagian setting’ setelah  anda menginstall plugin tersebut.Oleh itu, halaman Login admin anda akan menjadi lebih private,selamat dan Rahsia. Penerangan Lanjut Di Sini WPS Hide Login

Live Chat, facebook messengger, fb live, social media, blog, website, plugin

WP Fastest Cache

Plugin ini berfungsi untuk mencipta static html files daripada laman web anda.Secara Ringkas, apabila pelawat masuk ke halaman tertentu dalam laman web,ia akan melibatkan komponen php & MySQL serta menggunakan RAM and CPU untuk dipaparkan halaman tersebut.

Jika pelawat terlalu ramai mengakses laman web, menyebabkan prestasi RAM and CPU akan menjadi perlahan.
Plugin ini akan membantu untuk meringankan tugas RAM and CPU daripada berkerja keras untuk memaparkan setiap halaman yang dilawati oleh pelawat.Penerangan Lanjut Di Sini WP Fastest Cache

onesignal, Live Chat, facebook messengger, fb live, social media, blog, website, plugin

OneSignal – Web Push Notifications

OneSignal adalah plugin yang berfungsi sebagai “Push Notifications” dimana akan memaparkan kotak
peringatan tentang apa yang berlaku di laman web anda.Sebagai contoh, anda boleh membuat setting supaya setiap post terbaru yang anda publish, kotak “Push Notifications” akan muncul di layar screen mereka walaupun mereka sedang melayari luar dari web anda.

OneSignal adalah percuma untuk 30,000 subscribers dan tiada jumlah limit jenis
push notifications yang ingin anda lancarkan.Penerangan Lanjut Di Sini OneSignal – Web Push Notifications

One Reply to “10 PLUGIN WORDPRESS YANG RELEVAN DI TAHUN 2019”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *