Natasya Riverside Caravan Park

TARIKAN BARU DI GOPENG – Natasya Riverside Caravan Park.

Port percutian terbaru bakal dibuka tidak lama lagi di Gopeng Perak. Kepada Anda yang Mahukan Pakej percutian yang ringkas, disamping banyak aktiviti serta suasana inapan yang selesa, di sinilah lokasi yang harus anda kunjungi, Natasya Riverside Caravan Park, kg sungai Itek Gopeng, Perak.

Bayangkan anda boleh tidur di dalam kamar Caravan yang dilengkapi kemudahan  mewah ala-ala citarasa eropah gitu!..dapur untuk memasak pun ada,tandas pun selesa.

Yang lagi best, kalau nak rasa mandi sungai pun dekat sahaja , hanya berjalan kaki, kalau tak nak mandi sungai takut sejuk, boleh main kodek-kodek kaki saja di gigi sungai. huhu 
Tambahan pula, view di sini berlatar belakangkan bukit bukau dan pokok-pokok kampung yang menghijau sejuk dan damai mata memandang. Sangat Sesuai kepada yang gemarkan sentuhan suasana kampung juga. 

Antara Aktivit Yang disediakan di Natasya Riverside Caravan Park adalah, memancing ikan esotik liar seperti kelah & sebarau. Water Rafting, ATV, peluang belajar cara memproses telur masin, dan kemudahan umum lain seperti Playground, Kids Pool, Multipurpose hall, family karaoke & lain-lain.

Natasya Riverside Caravan Park,akan dibuka kepada public secara rasmi pada 14hb April 2019. Jadi Yang Terawal untuk mencuba suasana baru dalam percutian singkat anda mungkin!

Natasya Riverside Caravan Park

Selamat Bercuti di Natasya Riverside Caravan Park !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *