beet root cake, healthy beetroot cake, beetroot salad, beetroot juice, beetroot benefit, kebaikan beet root, khasiat beet root

DI SEBALIK BEET ROOT!

Beetroot bukan hanya lazat dengan rasa halus mulus dan lembut, ia begitu flexible untuk dijadikan bermacam-macam juadah masakan, minuman, pencuci mulut dan sebagainya. Anda boleh menemui beet root atau biasanya disebut Ubi bit dalam hidangan, seperti sup dan permulaan hingga kek, puding dan minuman.

SECARA RINGKAS SEJARAH BEET ROOT!
Buah bit adalah tanaman yang berasal dari keluarga Amaranthaceae-Chenopodiaceae. Ertinya, buah bit masih satu keluarga dengan sayuran lobak dan sayuran berakar lain.

Umumnya, buah ini hanya digunakan akarnya saja yang terasa manis untuk dijadikan sebagai ubat kesihatan. Namun lama kelamaan, buah dan daunnya juga dipraktikkan dalam menu masakan dan lainnya.

Buah bit pertama kali diamalkan oleh masyarakat di Afrika ribuan tahun yang lalu. Akar buahnya yang begitu popular kemudian menyebar ke wilayah Asia dan Eropah.

Dari abad ke 16 hingga abad ke-19, buah bit digunakan untuk beroleh beberapa manfaat. Misalnya, jus dari buahnya digunakan sebagai pewarna makanan.

Sementara kandungan gula pada buahnya digunakan sebagai pemanis campuran dalam makanan dan minuman.

Di dalam Ubi bit telah ditemukan sejumlah nutrisi seperti berikut :

Asam folat
Kaliumen
Serat
Vitamin C 
Magnesium
Zat besi
Fosfor 
Triptofan
Caumarin
Betasianin

beet root cake, healthy beetroot cake, beetroot salad, beetroot juice, beetroot benefit, kebaikan beet root, khasiat beet root

 ANTARA KEBAIKAN BEET ROOT
1.Makanan bagi Jantung:
Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Pengambilan ubi bit yang betul membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

2. Mencegah kanser :
Kajian Luar mendapati ubi bit sangat baik dalam mencegah kanser usus besar, 

ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.

3. Kerapuhan kapilari:
Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.

4. Simptom Makula: Kandungan beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).

5. Mencegah Strok:
Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.

6. Baik untuk hati:
Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.

7. Mencegah masalah pernafasan:
Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.

8. Meningkatkan tenaga:
Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.

9. Mencegah Katarak:
Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah masalah mata

MOGA BERMANFAAT 🌺🙂

RESEPI,

Red Velvet Cake Ubi Bit (Beetroot)

beet root cake, healthy beetroot cake, beetroot salad, beetroot juice, beetroot benefit, kebaikan beet root, khasiat beet root
beet root cake, healthy beetroot cake, beetroot salad, beetroot juice, beetroot benefit, kebaikan beet root, khasiat beet root

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *