SEO, Seo, social media, instafamous, website, laman web, plugin, laman web, membina laman web, travel,

TIPS DIET BULAN RAMADHAN!

Faizal Muslim, Kuala Lumpur – Assalamu’alaikum, selang beberapa hari lagi, umat islam di seluruh dunia bakal menerima kedatangan Bulan Ramadhan.. bulan yang berkah, penuh Rahmat dan bulan yang utama, dimana pahala digandakan, amal diterima, serta iaitulah Malam Lailatulqadar yang istimewa.. inspirasi dari lirik lagu Kumpulan Hijjaz bertajuk – Ramadhan Bulan Berkat 

Baiklah, bulan Ramadhan boleh dianggap sebagai peluang keemasan kepada sesiapa yang ingin mentranformasikan diri dari segi kesihatan. Ini Kerana, dengan berpuasa kita akan menahan diri dari nafsu makan yang membuak atau berlebihan. Secara tak langsung, ia adalah masa terbaik untuk merancang kesihatan diri, sama ada untuk menurunkan berat badan yang ideal, membasmi penyakit, dan sebagainya.


kurma, ramadhan, menu ramadhan, diet ramadhan




Ayuhh!!.. Berikut adalah Tips yang dikarang Oleh Sebuah Blog Kesihatan iaitu, ezdiet.com

1. Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.

3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.

5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.

6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.

7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.

10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

 

11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

12. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.

Rutin & Pola Pemakanan Ketika Berbuka serta Sahur

Baiklah, anda boleh merancang dengan membahagi waktu makan Anda kepada tiga(3) bahagian saat berpuasa. Iaitu, saat berbuka puasa, setelah solat Tarawih atau sebelum tidur, dan saat sahur. Anda perlu lihat kepada kalori yang anda amil di setiap bahagian  waktu makan tersebut. 

Misalnya, ambilan total kalori Anda per hari adalah 1500 kalori, maka Anda boleh membaginya menjadi:

  • 500-600 kalori saat sahur
  • 400-500 kalori saat buka puasa
  • 500-600 kalori setelah solat tarawih atau sebelum tidur

    Menu berbuka puasa

    Saat berbuka puasa, ambil lah makanan yang cepat diserap oleh tubuh, Sehingga, tenaga tubuh yang hilang saat puasa cepat diganti semula, Anda akan kurang berasa penat & letih lagi ketika ini. Makanan yang cepat diserap tubuh adalah makanan jenis karbohidrat sederhana, seperti makanan manis. Contoh menu diet ketika waktu berbuka adalah:

    • Contoh menu 1: teh manis dengan gula 1 sudu makan (37 kalori), kurma 3 biji (50 kalori), dan roti sandwich dengan daging grill dan keju (300 kalori)
    • Contoh menu 2: minuman sirup buahan 3 sudu makan (111 kalori), kurma 3 biji (50 kalori), dan salad buah 250 gram (250 kalori)

    Menu setelah solat Tarawih

    Setelah solat Tarawih, Anda boleh makan makanan sedikit berat. Namun ingat, setelah makan berat sebaiknya anda jangan terus tidur. Beri beza waktu lebih lama antara waktu makan dan tidur, setidaknya 2-3 jam. Hal ini bertujuan untuk memberi waktu bagi tubuh untuk mencerna makanan dan kualiti tidur anda tidak terganggu kerana terlalu kenyang. Contoh  setelah solat Tarawih adalah:

    • Contoh menu 1: nasi 100 gram (175 kalori), tempe goreng zaitun 50 gram (80 kalori), ikan grill zaitun 50 gram (100 kalori), buncis, tauge & tauhu grill- 200 gram (100 kalori), epal 1 biji (50 kalori)
    • Contoh menu 2: nasi ber as perang 100 gram (175 kalori),  tauhu grill 100 gram (80 kalori), ayam panggang tanpa kulit 1 ketul (100 kalori), sayur bayam merah dan jagung 150 gram (120 kalori), mangga 3/4 biji (50 kalori)

       

      Menu ketika sahur

      Makanan yang anda ambil ketika sahur sebaiknya adalah yang mengandung banyak serat dan protein. Serat dan protein dapat membantu Anda kenyang lebih lama dan membantu menyimpan tenaga anda lebih lama, sehingga anda tidak cepat lapar saat puasa. Contoh menu diet saat puasa di waktu sahur adalah:

      • Contoh menu 1: ayam panggang 1 bahagian (100 kalori), scrambled egg dan tauhu (155 kalori), bayam, brokoli dan jagung kukus 300 gram (190 kalori), salad buah 100 gram (100 kalori)
      • Contoh menu 2: kentang rebus dengan kulitnya 1 biji (90 kalori), daging steak 60 gram (200 kalori) –  buncis, & dan jagung grill, 300 gram (190 kalori), salad buah 100 gram (100 kalori)




      Dalam pada itu, pilihlah menu makanan dengan kandungan minyak, gula, dan garam sedikit agar tidak menyumbang kalori berlebihan. Makanan yang dimasak dengan cara direbus, dikukus, dan dipanggang merupakan makanan yang baik untuk berdiet.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa!

 😊😊   🌼🌷🌺🌹   😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *