Apple Inc ,Seo, social media, instafamous, website, laman web, plugin, laman web, membina laman web, travel, malaysia, keyword, web content,

Kegagalan Produk Apple Inc [ Bhg.1]


Faizal Muslim, Kuala Lumpur – Apple In jua pernah mengalami beberapa siri kegagalan dalam Inovasi memperkenalkan produk baru mereka. Mari kita lihat dengan lanjut, apakah faktor yang menyebabkan ketidakbolehpasaran produk tersebut.

1. iMAC USB Mouse

iMAC USB MOUSE
iMAC USB MOUSE

Pada tahun 1998, iMac Mouse pertama kali telah dipasarkan oleh Apple Inc. Tidak mengambil waktu yang lama, gadgetPC ini berjaya menarik perhatian kerana chasing reka warna plastiknya yang transparen dengan warna-warni yang menarik. Setiap pembeli Mac juga akan mendapatkan monitor CRT 14 inch, keyboard serta mouse dengan sambungan wayar USB. Jika dilihat dari segi komersial, penjualan iMac boleh dikira kejayaan yang agak besar bagi mereka. Namun begitu, terdapat kelemahan yang ketara pada iMac ini iaitu saiznya yang kecil serta berbentuk seperti bola hoki menyebabkan mouse tersebut menuai banyak kritikan. Kritikan dilontar oleh pengguna yang bertapak tangan besar yang dianggap tidak selesa sekaligus membataskan kepuasan ketika menggunakannya.

iMac merupakan antara Mouse berwayar tercanggih yang diciptakan dalam kategorinya. Malah, ia adalah hasil idea Orang paling berpengaruh dalam dunia Gadget Moden iaitu Steve Jobs.


2. iPod Hi – Fi

iPod Hi-Fi
iPod Hi-Fi

Pada tahun 2006, Apple Inc memeterai satu kerjasama dengan Bose untuk mengeluarkan Speaker Stereo Set khusus untuk iPod yang diberi nama iPod Hi-Fi. Alat ini mempunyai kelebihan dimana dapat mengeluarkan suara atau sound yang bagus dan mendapatkan pujian dari beberapa reviewer. Namun dengan harga pasaran yang tinggi dan persaingan pasaran membuat iPod Hi-Fi tidak begitu berjaya di pasaran.

Peranti ini dijual dengan harga $350. Selain daripada itu, saiznya yang agak besar juga menjadi penyebab utama kegagalan peranti ini.

Bersambung …..

Sentiasa ikuti artikel di sini untuk artikel terkini.

JOM,

Apa Kata, sama -sama kita follow di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, jom jadi friends di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *