Sarapan Tradisi Cakoi’.. Kini di McDonalds.

mcd


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Jenama Makanan segera terkenal dunia McDodald,baru-baru ini telah memperkenalkan Menu Sarapan dengan sentuhan tempatan yang menarik bagi rakyat Malaysia iaitu Cakoi’ yang merupakan santapan ringan tradisi di Malaysia. Dengan tagline ‘Cuba-Cuba Cakoi’ sudah cukup untuk menyentuh keinginan para penggemar cakoi untuk mencubanya.

Tidak hanya hadir dengan Menu cakoi yang crispy dan digoreng elok hingga ke dalam,ia digabungkan dengan dua variasi set pilihan iaitu :

~Set Cakoi bersama minuman soya
~Set Cakoi bersama Bubur dan minuman Soya

bubur
top

Ditambah lagi dengan pilihan topping Kaya,Coklat dan strawberry yang pasti memberi penambah rasa yang anda mahukan.

Menu Sarapan Cuba-Cuba Cakoi ini boleh dinikmati di semua rangkaian McDonalds dari jam 4.00 pagi hingga 11.00 pagi pada setiap hari. Ini bukanlah pertama kali pihak Mcdonald memperkenalkan menu sarapan yang mengamalkan srategi Culture Approach’ dalam setiap promosi mereka secara berkala. Sebelum ini mereka telah hadir dengan koleksi Bubur ayam,telur mata dan lainnya.

Sama seperti pesaing makanan segera lain seperti KFC yang membawakan menu nasi’ bersama ayam, A & W dengan sarapan Nasi Lemaknya’ serta Pizza Hut yang menjadikan Sambal’ sebagai topping dalam pizzanya.

 

.    .     .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

Love You By Reward Me :

Leave a Comment