Sudah Ada Matlamat .. ? Jangan Lupa letakkan Deadline Anda.

 

deadline


 

FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Kerapkali kita terbiasa mendengar Pakar Perniagaan, Pakar Motivasi mahupun yang terlibat secara langsung dalam apa jua jenis bidang perniagaan atau pekerjaan akan menjadikan Matlamat sebagai perkara pertama yang wajib dimasukkan dalam check List’ sebelum memulakan gerak kerja.

Matlamat tanpa Deadline’ umpamanya bilamana anda mahu sesuatu, tetapi anda tidak pasti bilakah anda akan berjaya mendapatkan apa yang anda mahukan. Akhirnya, 99.99% ianya akan menjadi satu matlamat tanpa arah tujuan serta sia-sia. Cara menetapkan deadline bergantung kepada beberapa keadaan. ( dikecilkan skop dalam perniagaan), …

Pertama, status kemampuan personal yang anda miliki.
contohnya : Kemahiran Fizikal,Kemahiran Fikiran,Modal Kewangan,Ilmu.

Kedua, sumber bantuan luar.
Contohnya : Networking.

Ketiga, Risiko bidang Yang diceburi.
Contohnya : Menanam Jagung mungkin akan mengambil masa selama ? untuk menuai hasil dan membuat servis
membina laman web hanya memerlukan satu/dua hari untuk disiapkan.

Tetapkan deadline berdasarkan tiga perkara di atas sama ada 3bulan, 6bulan, 1tahun, 5tahun atau 10tahun
bersama keyakinan bahawa anda mampu mencapai breakeven dealine tersebut.

Ramai dari kita mungkin mempunyai sindrom iaitu TAKUT’ untuk meletakkan deadline. Sindrom ini wujud akibat daripada kurangnya keyakinan atas apa yang kita lakukan. AKhirnya, kita biarkan sahaja gerak kerja berjalan dengan mempunyai peluang deadline yang terbuka luas tanpa sebarang desakan.

Deadline itulah sebenarnya, akan menjadi satu tekanan positif yang terbaik.Jika sebelum ini anda selalu memulakan kerja lewat pagi, sudah tentu anda akan ubah 99.99% sikap anda supaya memulakan gerak kerja seawal 7 pagi setiap hari.

Jangan risau, walaupun deadline pertama anda gagal usah mengalah, baharui deadline kedua anda. Setidaknya anda sedang belajar sesuatu untuk menjadi yang lebih baik dan Yang Terbaik selepas itu.

Good Luck!

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

Love You By Reward Me :

Leave a Comment