Bina Empayar Rakan Niaga


Bina Empayar Rakan Niaga

 


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Rakan Niaga merupakan salah satu strategi dalam mengembangkan perniagaan. Cara ini boleh diaplikasi dalam kebanyakkan bentuk perniagaan.

Ikuti  4 Langkah berikut dalam membina Empayar Rakan Niaga

 

Langkah 1: Lakukan Promosi Jualan
Lakukan Promosi Jualan di pelbagai saluran pemasaran dengan Diskaun 50% contohnya. Jangan lupa simpan maklumat pelanggan seperti nama penuh dan No.tel atau emel dalam fail database .


Langkah 2: Tawarkan Menjadi Dropshiper
Lakukan follow up selepas 7 hari. Dengar maklumbalas mereka dan jika produk/servis memberi kepuasan dan kesan positif, masa ini lah anda perlu cuba menawan hati mereka supaya setuju mendaftar menjadi dropshipper.

Beri Tips Marketing yang simple dahulu supaya mereka enjoy dalam memulakan jualan.
Lagi bagus, berikan Reward jika dapat capai sasaran kecil dalam tempoh sebulan.


Langkah 3: Tawarkan Menjadi Ejen
Dalam tempoh tersebut, jika berhasil melakukan jualan 5 unit ke atas dalam satu bulan maka, berjumpa mereka untuk menerangkan kelebihan menjadi ejen pula.

Sepanjang tempoh Status Ejen, anda perlu serius menjaga hubungan baik dan mesra serta menyediakan latihan tentang ilmu – ilmu pemasaran dan melakukan jualan. Wujudkan Group Ejen melalui Whatapps/Facebook bagi memudahkan penyampaian maklumat.

Langkah 4: Upgrade Kepada Stokis
Kenalpasti Setiap Ejen yang cemerlang dari Segi Bakat, Daya Usaha dan belian stok ulangan. Upgrade mereka ini menjadi Stokis anda. Pastikan mereka yang benar-benar berkualiti sahaja setelah penapisan.
Tawarkan Reward  setelah berjaya menjadi stokes dan terangkan pula pelbagai keistimewaan apabila bergelar stokis.

Anda sudah boleh mula merancang aktiviti peningkatan kerjaya kepada stokis, sebagai contoh kemudahan fasiliti fizikal supaya mereka boleh berkembang bersama ejen-ejen mereka pula.

MOGA BERJAYA !

.    .     .

JOM, Follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

JUGA, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 

Love You By Reward Me :

Leave a Comment