Seo, social media, instafamous, website, laman web, plugin, laman web, membina laman web, travel, malaysia, keyword, web content,

‘Cermin Diri Kita


Faizal Muslim, Kuala Lumpur РBukan untuk check diri anda hensem atau lawa. Saya yakin, kesemua yang membaca ini semuanya cun-cun belaka! :)

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa depan anda.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, anda perlu ketahui dimanakah tahap ilmu perniagaan anda ketika ini. Sekiranya anda bermatlamat untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda, anda perlu lihat kedudukan keuntungan perniagaan anda ketika ini dan dari mana datangnya keuntungan tersebut supaya anda tahu bagaimana caranya untuk melipatgandakan keuntungan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *