Sarapan Tradisi Cakoi’.. Kini di McDonalds.

mcd


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Jenama Makanan segera terkenal dunia McDodald,baru-baru ini telah memperkenalkan Menu Sarapan dengan sentuhan tempatan yang menarik bagi rakyat Malaysia iaitu Cakoi’ yang merupakan santapan ringan tradisi di Malaysia. Dengan tagline ‘Cuba-Cuba Cakoi’ sudah cukup untuk menyentuh keinginan para penggemar cakoi untuk mencubanya.

Tidak hanya hadir dengan Menu cakoi yang crispy dan digoreng elok hingga ke dalam,ia digabungkan dengan dua variasi set pilihan iaitu :

~Set Cakoi bersama minuman soya
~Set Cakoi bersama Bubur dan minuman Soya

bubur
top

Ditambah lagi dengan pilihan topping Kaya,Coklat dan strawberry yang pasti memberi penambah rasa yang anda mahukan.

Menu Sarapan Cuba-Cuba Cakoi ini boleh dinikmati di semua rangkaian McDonalds dari jam 4.00 pagi hingga 11.00 pagi pada setiap hari. Ini bukanlah pertama kali pihak Mcdonald memperkenalkan menu sarapan yang mengamalkan srategi Culture Approach’ dalam setiap promosi mereka secara berkala. Sebelum ini mereka telah hadir dengan koleksi Bubur ayam,telur mata dan lainnya.

Sama seperti pesaing makanan segera lain seperti KFC yang membawakan menu nasi’ bersama ayam, A & W dengan sarapan Nasi Lemaknya’ serta Pizza Hut yang menjadikan Sambal’ sebagai topping dalam pizzanya.

 

.    .     .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

Analisa Facebook Tahun 2016′ yang anda perlu tahu !

 

fbanalytics


FaizalMuslim, Kuala Lumpur – Kuasa kepenggunaan Platform Facebook semakin mengukuh. Dimana peratus pengguna aktif bulanan Facebook terus mencatat peningkatan yang amat ketara. Angka yang dikeluarkan dalam laporan kewangan pada 2 November lalu telah mencapai angka 1.65 billion, meningkat 15% dari suku sama bagi tahun sebelumnya dan 1.51 billion melalui pengguna mobile,meningkat sebanyak 21% dari tahun sebelumnya.

m1

m2

Dari perspektif Pengguna aktif harian Facebook yang mengakses laman sosial tersebut setiap hari pula mencapai 1.09 billion, juga meningkat 16 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah tersebut, 989 million daripadanya mengakses Facebook melalui platform mobile, meningkat 24%.

d1

d2

Paling ketara, kejayaan Facebook yang sangat bernilai adalah peningkatan mendadak dari segi pemilikan akaun facebook dimana telah mencecah lebih separuh daripada jumlah warga maya yang mengakses paling tidak sebulan sekali. Seperti yang dilaporkan oleh Quartz.
.

50

Sejak kebelakangan ini,Facebook begitu rancak melahirkan platform baru dan menambah baik feature dengan platfrom sedia ada bagi mengekalkan kesetiaan sambil menambah jumlah pengguna baru. Invention daripada facebook sendiri dapat dilihat melalui feature, instant Messenger,live video,Facebook Marketplace,y dan yang terbaru Free Basic internet .

.    .     .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

COO’ adam bain, Tinggalkan Twitter.

 

adam-bain


Pada 9 November lalu, pihak Twitter melalui Co-Founder dan CEO Jack Dorsey mengumumkan di mana Chief Operating Officer (COO) Twitter, Adam Bain, akan mengundurkan diri dari Organisasi Media Social tersebut.
Ekoran pengundurannya dari Twitter, beliau akan digantikan oleh Anthony Noto yang sebelumnya menjawat jawatan sebagai Chief Financial Officer.

Dengan ini, Noto mengambil alih semua tanggungjawab sebagai COO dan jawatan CFO untuk sementara waktu. Tugasnya sebagai COO adalah meliputi penjualan iklan global, data, pembangunan bisnes, kerjasama global dan pendapatan produk.Walau bagaimanapun posisi CFO maish lagi dalam proses pencarian.

Bain sendiri bergabung bersama Twitter sejak enam tahun lalu. Ia termasuk pasukan terawal yang bergabung di Organisasi tersebut dan turut melalui masa jatuh bangunnya. Kepergian Bain teryata menjadi kehilangan besar bagi Twitter. Menurut sumber, beliau adalah antara seorang Leader paling bersinar di Twitter dan paling banyak disukai rakan lainnya.

Mungkin kita biasa mendengar apabila seorang yang dianggap orang terpenting dalam sebuah organisasi memilih untuk berubah angin, pastinya kita berfikir dia akan menyertai mana-mana pesaing dalam industri yang sama. Tapi tidak bagi bain, beliau menegaskan bahawa tidak akan menyertai mana-mana perusahaan pesaing seperti Facebook,Instagram,Snapchat atau lainnya.

Apa yang pasti, beliau akan kembali dengan sesuatu idea yang baru dalam dunia social media. Berikut beberapa caption daripada Twitter beliau sendiri mengenai hasrat beliau selepas ini,

.  .  .

adam

Namun, desas-desus tahun lalu melaporkan bahawa,bain bersaing bersama jack Dorsey untuk menjadi CEO bagi menggantikan Dick Costolo.

.    .    .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim

 


 

Trump Menang’ .. CEO eBay Kirim Memo Kepada Pendokongnya.

devin


Isu Pasca kemenangan Donald Trump sebagai presiden AS masih bergema, kali ini CEO eBay,Devin Wenig, yang langsung mengambil langkah dengan mengirim SuratMemo kepada Seluruh Warga Kerjanya.

Sebenarnya, ketika masih dalam proses pemilihan presiden,pucuk pimpinan Web lelong online terkenal tersebut tidak pernah aktif dalam bersuara secara terbuka.Beliau tak pernah menyatakan pendapat mengenai dua calon
saat itu, iaitu Hillary Clinton dan Donald Trump.

Ketika Donald Trump yang akhirnya menang, Davin bimbang lanskap industri teknologi dan inovasi akan berubah.
Menurut beliau, teknologi dan inovasi menuntut sumbangan insan dari berbagai latar belakang, Sementara Donald Trump serta pendukungnya cenderung berada di kutub berlawanan dengan mendorong sikap anti-imigran.

Dalam pada itu, Davin juga menyampaikan sorotan penting dari sejarah berdirinya eBay.
Dia menyorot dua perkara itu.

Pertama, eBay didirikan oleh seorang imigran berasal dari Perancis, Pierre Omidyar.Kedua, kejayaan eBay sehingga kini yang ditukangi oleh para pakar dari pelbagai latar belakang negara.
“Kepelbagaian seperti ini adalah aset berharga yang kita miliki, seiring berusaha dalam memajukan organisasi,” tulis Davin dalam memo tersebut.

Kita tahu bahawa, isu rasis dan kepelbagaian asal usul ini sempat menjadi sorotan semasa kempen Donald Trump. Trump punyai idea tersendiri untuk mengembalikan integriti sistem imigrasi AS, dengan memberi prioriti kepentingan warga asli Amerika. Bahkan beliau menyatakan imigran hanya membawa kesan negatif di AS, yang merujuk kepada imigran Mexico.

Isu perbezaan bangsa dan imigrasi inilah yang menjadi keutamaan Davin untuk menenangkan Para pendukung Organisasinya melalui suratmemo tersebut. Isi suratmemo Davin lengkap adalah seperti berikut:

.
******

Pasukan Global,

AS’ telah memilih presiden yang berikutnya.Ini adalah sebuah pemilihan bersejarah untuk sebuah negara dan ianya menyentuh emosi.

Beberapa bulan yang lalu, para daftar pemilih di Britain telah membuat keputusan bersejarah dengan nilai yang sama.Keputusan mengenai hubungan mereka dengan kesatuan Eropah (EU). Respon Ramai menunjukkan sentimen pertumbuhan ekonomi tidak tersebar rata. Kami juga melihat ada unsur ketakutan, serta gangguan oleh kesan perubahan trend ekonomi kepada kehidupan seseorang, termasuk dalam hal teknologi dan inovasi.

Sebelum ini, saya selalu mengelak untuk mengeluarkan kenyataan langsung terkait calon pemilihan. EBay pertama kali diasaskan oleh seorang imigran di AS. Pierre membangun tapak awal perniagaan kami sambil menaruh keyakinan bahawa pada dasarnya semua orang memiliki kebaikan, dan warisan budaya perusahaan seperti inilah yang membuat saya bangga.

Sejak awal lagi, eBay telah bekerja mencipta marketplace yang inklusif, memiliki dayasaing perdagangan global, dan disenangi oleh para jiwa perusahaan kecil. Seiring saya mengunjungi pejabat kami yang terletak di berbagai belahan dunia, saya mendapat kesempatan berinteraksi dengan manusia dari pelbagai kewarganegaraan dan latar belakang. Perbezaan seperti ini adalah aset berharga yang kita miliki, seiring berusaha memajukan perniagaan.

Walaupun kami merupakan salah satu pemimpin teknologi, platform, kami berpusat pada manusia, sama ada dari pembeli, penjual, mahupun warga kerja kami sendiri. Kami membuat manusia saling berhubung dalam sebuah marketplace global. Ketika teknologi dianggap sebagai perosak, kami mewakili filosofi yang menilai bahawa teknologi merupakan alat untuk mengangkat darjat manusia dan mencipta sesuatu saluran baru yang belum pernah difikirkan. Kami akan terus mendukung prinsip serta kebijakan yang diperlukan oleh komuniti global eBay.

Ketika ini, banyak perancangan dalam perlaksanaan yang perlu dijalani, dan kita mesti tetap fokus
pada pekerjaan yang sedang berlaku. Organisasi kita berada pada jalur yang tepat. Tetapi, kita tetap memerlukan usaha bersama dalam menyelesaikan segala hal yang dimulai pada 2016 lalu, kemudian menyiapkan akselerasi Organisasi pada 2017.

Meskipun musim politik akan bersilih ganti, kami akan tetap mengingat jati diri, tujuan hidup, dan kepada siapa kita mengabdikandiri.

Devin Wenig’.

.    .    .

JOM, follow saya di Instagram !
http://instagram.com/faizalmusllim

Juga, dapatkan Tips – Tips Bisnes & IT di facebook !
https://www.facebook.com/faizalmusllim